Profil

Sejarah Penubuhan

Projek Beg Sekolah diasaskan pada tahun 2015  bagi membantu pelajar-pelajar dari golongan kurang berkemampuan seperti anak yatim, asnaf, keluarga miskin, miskin bandar dan keluarga yang memerlukan untuk persiapan persekolahan. PBS adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang telah berdaftar secara rasmi di atas nama Pertubuhan Projek Beg Sekolah dengan nombor pendaftaran (PPM-001-10-25092017)

Objektif

Membantu pelajar dari golongan keluarga yang kurang mampu untuk mendapatkan beg bagi musim persekolahan. Pelajar-pelajar yang disasarkan adalah mereka yang berada di pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan matrikulasi.

Kaedah Perlaksanaan

Kesemua pelajar pra-sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah yang berasal dari keluarga kurang berkemampuan, anak yatim, asnaf dan golongan kurang berkeupayaan layak untuk menerima beg daripada Projek Beg Sekolah.

Ahli Jawatankuasa Induk

Berikut adalah senarai ahli jawatankuasa induk
-Pengerusi
  Salwa Binti Mohd Saleh

-Timbalan pengerusi
  Siti norkamisa@siti nurwahidah Binti Che harun

-Naib Pengerusi
  Nurul Wahidah Binti Azizan

-Setiausaha
  Nur Fadhilah Binti Yunus

-Naib Setiausaha
  Ruhiyati Idayu Binti Sunhaji

-Bendahari
  Bellina Binti Rosli

-Timbalan Bendahari
  Rozilawati Binti Shahrudin

-AJK
  Arina Fauziana Binti Othman
  Salmi Binti Mohd Saleh